Kata-kata Aluan Y.A.B Datuk Wira Mohd Ali Bin Rustam.
Ketua Menteri Melaka
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Masjid Daerah Alor Gajah yang dapat menggunakan ICT untuk membangunkan laman web Masjid Daerah Alor Gajah http://portal.alazim.com/alorgajah/ . Saya amat berbanga dan menyokong sepenuhnya usaha murni yang dilakukan serta mengharapkan agar usaha murni ini diteruskan dan ianya dapat dimenefaatkan oleh seluruh umat Islam dan rakyat negeri Melaka khasnya. Selain itu, kerjasama dan penyertaan daripada bahagian-bahagian Jabatan dan agensi adalah amat diharapkan untuk sama-sama memberikan input dan sumbangan sebagai mesej Islam untuk disebarkan di laman web ini. Melalui usaha ini akan terbentuklah gabungan sinergi yang baik dalam syiar Islam di dalam bidang ICT. terutamanya keterlibatan institusi Masjid dalam bidan ICT.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Seri Abdullah b. Hj. Ahmad Badawi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang sudi merasmikan Masjid Daerah Alor Gajah dan melancarkan Lam Web Masjid Daerah Alor Gajah.
Akhir kata, saya menyeru agar usaha pembangunan laman web ini terus berkembang dari masa ke semasa demi kemaslahatan imej umat Islam dalam perkembangan teknologi semasa di seluruh dunia.
Sekian, terima kasih.
Y.A.B Datuk Wira Hj. Mohd. Ali Bin Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka.
Kata-kata Aluan
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Daerah.
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Kerja ICT Masjid Daerah yang berjaya yang membangunkan laman web Masjid Daerah Alor Gajah http://portal.alazim.com/alorgajah/ Semoga usaha murni yang dilakukan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat yang menggunakan IT sebagai salah satu sumber untuk mendapat maklumat terkini dan pantas. Dikesempatan ini juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah b. Hj. Ahmad Badawi yang sudi merasmikan Masjid Daerah Alor Gajah dan melancarkan Laman web pada hari ini. http://portal.alazim.com/alorgajah/ Dan akhiri sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis yang penuh bersejarah ini .
Sekian terima kasih.
Tuan Hj. Yahaya Rashid bin Tajol Aros
Pegawai Daerah Alor Gajah.
(Merangkap : Pengerusi Masjid Daerah Alor Gajah
Bersedia untuk solat
soal jawab agama
-
Untuk Sebarang Pertanyaan tentang agama anda boleh menghubungi kami:
- Ust.Hafizullah : hafizullah133@yahoo.com.my
- Loqman:
- loqman_syamil@yahoo.com.my
Pengumuman
Lain-lain masjid: